Jajahan Dindings dan Seberang Perai Negeri-negeri_Selat

Jajahan Dindings yang merangkumi beberapa pulau berhampiran dengan muara Sungai Perak dan sebahagian kawasan yang bersambungan dengan tanah besar Perak telah diserahkan kepada British melalui Perjanjian Pangkor pada tahun 1874. Walau bagaimanapun, Jajahan Dindings telah dikembalikan oleh British kepada Kerajaan Negeri Perak pada tahun 1937 kerana sukar untuk ditadbir secara langsung dari Pulau Pinang selain kelemahan dari segi politik dan kewangan.

Seberang Perai (dahulunya dikenali sebagai Province Wellesley), terletak di Tanah Besar Semenanjung Malaysia dan berhampiran dengan Pulau Pinang telah diserahkan kepada United Kingdom oleh Sultan Kedah pada masa itu iaitu Sultan Muhammad Jiwa selepas kekalahan Angkatan Perang Kedah di dalam peperangan untuk merampas kembali Pulau Pinang oleh British pada tahun 1798 dan bersempadanan dengan Utara dan Barat Perak. Sempadan dengan Kedah telah dipersetujui oleh British melalui Perjanjian ditandatangai oleh British dengan Siam kerana pada ketika itu Kedah adalah dibawah naungan Siam. Kawasan ini ditadbir oleh Pegawai Daerah dan dibantu oleh beberapa orang pembantu yang berhubung dengan Penasihat British di Pulau Pinang.

Pada masa kini, sempadan bagi negeri - negeri Pulau Pinang dan Kedah adalah tertakluk kepada Akta Kedah dan Pulau Pinang 1984.